KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS

  • UTAMA
  • KORPORAT
    • Perutusan Pengarah
    • Sejarah Penubuhan
    • Visi & Misi
    • Teras Strategik
    • Matlamat
    • Piagam Pelanggan
  • UNIT & BAHAGIAN
    • Unit UPIK KKPM & KKPMCRP
    • Sistem ACASS
  • PROGRAM
    • Kursus Pendek
    • Kursus Sepenuh Masa
    • Akreditasi MQA
    • Permohonan Kemasukan
  • HEBAHAN
    • HEBAHAN ICT
    • Jawatan Kosong
    • Hebahan Keselamatan ICT
  • DIREKTORI
    • Direktori Staff
  • PORTAL KKPMCRP
    • VIDEO KKPMCRP
  • e-LIBRARY
    • eMerald Ebook
    • U-Pustaka
    • Terbitan Pensyarah
    • Student's Handbook
    • eLib eBook Portal
    • IEEE Xplore Digital Library
    • Z-Library
    • PDFDrive
  • MUAT TURUN

kURSUS sEPENUH mASA

SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus SPM ( Wajib Lulus BM & Sejarah )
4. 1 Kepujian Dalam Mana Mana Mata Pelajaran
Tempoh Pengajian2 Tahun

SINOPSIS


Program Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Penyediaan rekod-rekod perakaunan daripada dokumen sumber dan seterusnya menyediakan Laporan Kewangan berpandukan kitaran perakaunan yang lengkap.
2. Pengendalian kos pengeluaran, buku tunai runcit, dan penyata aliran tunai dengan menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib
    dalam melaksanakan tugasan.
3. Melaksanakan aktiviti sokongan pemasaran,pengiklanan, promosi jualan dan sokongan jualan dengan betul dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik yang sesuai dan tertib dalam melaksanakan tugasan.
4. Melibatkan diri dalam pembangunan maklumat dan keusahawanan.
5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas keusahawanan di dalam bisnes secara professional dan beretika.
6. Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial semasa merancang dan melaksanakan tugasan
7. Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat dan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.
8. Menyampaikan pengetahuan bagi isu kotemporari dan mengenal pasti keperluan bagi pembelajaran sepanjang hayat.
9. Berkomunikasi secara berkesan, bersikap professional dan bertanggungjawab di dalam persekitaran kerja berkumpulan.


PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengoperasian perniagaan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang pengoperasian perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengoperasian perniagaan, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :


Penyelia Operasi.
Penyelia Jualan
Penyelia Sumber Manusia
Pembantu Pemasaran
Perunding Perniagaan
Kerani
Usahawan dalam sektor perniagaan


 

SIJIL PERKHIDMATAN LOGISTIK KK CAW RANTAU PANJANG
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus SPM ( Wajib Lulus BM & Sejarah )
4. 1 Kepujian Dalam Mana Mana Mata Pelajaran
5. 5.Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Tempoh Pengajian2 Tahun

SINOPSIS
 
Program Perkhidmatan Logistik adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam asas logistik, pengurusan gudang, inventori, rantaian bekalan, pengangkutan, perolehan dan pengurusan pengagihan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Infrastruktur, undang-undang, pengurusan,isu teknologi dan pengangkutan antarabangsa.

2. Mengoptimumkan keputusan pengurusan rantaian bekalan di peringkat operasi, taktikal dan strategik dalam dunia perniagaan yang pesat

3. Saluran yang sesuai, dasar dan strategi, kaedah pengagihan khas, logistik dan komunikasi serta elemen-elemen dalam pengagihan logistik

4. Pengurusan akaun gudang seperti rekabentuk gudang, kaedah stor, pembungkusan, pengendalian bahan-bahan, tenaga kerja, pentadbiran gudang dan prosedur, faktor keselamatan dan isu semasa pengurusan gudang.

5. Menguruskan inventori yang dapat meningkatkan keuntungan korporat, dapat menjangkakan kesan polisi koporat ke atas aras inventori serta meminimumkan kos dalam aktiviti logistik.

6. Pembelian bahan sebenar , aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan proses belian dan proses perolehan dalam pengurusan rantaian bekalan.

7. Struktur dan organisasi dalam industri pengangkutan yang berkaitan dengan peraturan, dokumentasi komersial domestik dan antarabangsa yang perlu dipatuhi oleh pemain industri

PROSPEK KERJAYA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang sijil perkhidmatan logistik yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang logistik. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang perkhidmatan logistik, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :
1. Penyelia Gudang
2. Perunding Logistik
3. Penyelia kargo
4. Penyelia Pusat Pengedaran
5. Kerani Kawalan Inventori
6. Agen Freight & Forwarding
.


Hebahan Keselamatan ICT


  • Hebahan Keselamatan Siber
  • Tips Keselamatan Siber

Hebahan Keselamatan Siber

Hebahan: Poster Kesedaran Keselamatan ICT

 


Tips Keselamatan Siber

Hebahan: Poster Tips Keselamatan Siber

 


  • Kolej Komuniti pasir Mas, PT 3302-3307, Taman Sri Kota, Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan.
  • 09-7185911
  • 09-7185900
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  •      Kolej Komuniti Pasir Mas
  •    Kolej Komuniti Pasir Mas
  •    Kolej Komuniti Pasir Mas
Ke Atas